Fellow:)

Thursday, January 20, 2011

Malay version pulak

Isnin, January 17 2011, satu hari tak balik rumah. Err bukan lah sampai tak balik rumah terus. Macam ni, Isnin ada latihan rumah kuning. Aku stay sekolah sampai petang. Kebetulan hari tu ada PJ. Tapi sebelum masa PJ ada Bio. Experiment tu best gila. Dapat tengok cell dengan mata aku sendiri. Hahahaha. Miot tak habis habis buat lawak. Layan jela. Haritu kodd yang kena maki dengan cikgu. Haaa tak payah lah nak tahu pasal tu. Sakit hati je. Tahu lah kitorang ni tak master lagi =.= IQ kitorang still rendah lagi seh. Lagi lagi aku, Maths dapat C tapi macam orang asing dalam kelas tu. 

Lepas habis sesi pagi, biasa lah semua budak dah balik. Aku tak payah tukar baju sukan sebab cikgu bagi kebenaran boleh pakai baju sukan sampai balik. Tapi yang tak puas hati nya, masa perhimpunan hari tu cikgu dah cakap tak boleh pakai baju sukan sampai balik. Wajib tukar and cikgu kata akan ada baju yang sama lebih kurang macam baju PJ tapi warna hitam. Haaaaa masa tu kitorang dah discuss awal awal nak tukar ke tak. Iqa dah sah sah lah tak nak tukar. Aku ikut Iqa jeee, biasa lah budak malas ^^ Lepas rehat Shahliza pergi tukar. Dia kata nanti cikgu buat rondaan. Dia kan pengawas so tahu semua benda. Alaaa rasa cikgu nak gertak je kot. Tak ada rondaan. 

Masa habis sekolah, carik Qila kat canteen. Dia selalu tunggu situ. Gerak pergi kelas Adah and Nad. Dorang belum keluar lagi. Tunggu jela dorang habis. Lepas dah habis Adah kata dia tak boleh stay. On the way pergi kantin dengan Nad ternampak Qila tercegat kat depan kitorang dengan bercekak pinggang. And buat muka marah marah manja dia tuu. Alololo comel hahahaha Kitorang nampak dia terus lari. But patah balik. Saja nak bagi dia suspen. Dia stay sebab dia nak study Maths dengan AJ. Kitorang duduk canteen then ajar Nad edit blog. Then battery laptop pulak nak habis pergi kat astaka. Hujan pulak, pergi kat 4Sc1. Plug rosak. Haha malang nasib. Pergi kat 4Sc2 jee. Kitorang memekak dalam tu. Edit blog Qila. And Nad kesian kena buli dengan AJ kena buat homework dia. Alaaa just copy jeee. Masa Nad dengar lagu kat hp dia, kitorang ambik gambar guna wc. Haha banyak gila kot. Macam macam kitorang buat kat situ. Nanti upload kat sini and bukan kat fb. 

Lepas pergi sekolah pergi SA, then pergi tuition. Bayang kan tak jejak rumah langsung. Penat habis masa tu. Then masa malam someone call me, the voice that I missed so much. Our conversation is private and confidential. 

Selasa, January 18, rasanya yang penting penting je kott yang kena bagitahu. Sebab tengok lah atas panjang aku taipp. Lepas balik online kejap, then terus tidur sampai pukul 9. Bangun kejap Mike message. Boleh tanya aku tuition tak hari ni. Sah sah aku tak tuition sebab aku tak datang. Hahahaha. Itu je kott.

Eh Nad nak buat vintage theme masa birthday party dia. Em agak sexy lah Nad. Tengok lah ni tak kan lah aku nak pakai cenggini. Kalau dress boleh. But no worry aku try carik baju macam tu kat JBI. Mama dia sponsor Baskin Robbins cake tuuuuuuu. Nak nak.

Susah lah carik baju macam tu :/